Wednesday, October 29, 2008

Tugasan: Kaedah Pemarkahan

Pelajar perlu menyiapkan tugasan bertulis secara berkumpulan. Setiap tugasan secara bertulis yang perlu disiapkan pelajar dalam kursus ini hendaklah dihantar dalam tempoh yang diberikan. Setiap tugasan yang dihantar lewat akan menyebabkan satu markah ditolak bagi setiap hari jumlah kelewatan tersebut. Tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar untuk pemarkahan terdiri daripada;
i. Kertas kerja atau kertas cadangan atau ulasan penyelidikan
ii. Ulasan Novel /Ulasan penyelidikan
iii. Rumusan kuliah

Cara pemarkahan bagi ketiga-tiga tugasan bertulis ini adalah seperti berikut;

Kertas kerja atau kertas cadangan penyelidikan
Format pemarkahan
Tujuan Kajian : 1m
Skop kajian : 1m
Kaedah Kajian : 1m
Format : 1m
Gaya bahasa : 3m
Isi dan ketepatan : 7m
Penemuan (KK)/Implikasi (KC) : 3m
Bibliografi : 3m
Jumlah : 20m

Ulasan Penyelidikan
Format pemarkahan;
Tujuan Kajian : 1m
Skop kajian : 1m
Kaedah Kajian : 1m
Format : 1m
Gaya bahasa : 2m
Isi dan ketepatan : 5m
Penemuan : 2m
Bibliografi : 2m
Jumlah : 15m

Ulasan Novel (Cadangan pemarkahan)
Tema : 2m
Plot : 2m
Watak dan perwatakan : 2m
Latar : 2m
Sudut Pandangan : 2m
Gaya dan bahasa: 2m
Suasana cerita: 2m
Rumusan keseluruhan: 1m
Jumlah: 15m
(Untuk perincian setiap perkara di atas sila rujuk modul hal. 146-153)

Rumusan Kuliah
Format pemarkahan
Bahasa 3m
Isi dan ketepatan 8m
Gaya penulisan 4m
Jumlah 15m

No comments: