Wednesday, October 29, 2008

Tugasan: Format Penulisan

Setiap tugasan bertulis perlu memenuhi;

a. Halaman Hadapan
-Hanya menggunakan kertas A4 berwarna PUTIH dengan tulisan berwarna HITAM yang JELAS sahaja. Sebarang warna lain selain dari itu TIDAK AKAN diterima sama sekali.
-Perlu difailkan secara kemas.
-Perkara yang dicatatkan pada halaman hadapan adalah seperti berikut;
*Nama kumpulan, nama & nombor matrik setiap ahli dengan seragam dan lengkap.

* Kod dan nama kursus, semester dan sesi pengajian
* Tajuk kertas kerja

b. Panjang Kertas Kerja
· Kertas kerja atau kertas cadangan penyelidikan: tidak kurang daripada 15 halaman dan tidak boleh lebih daripada 20 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.
· Ulasan Novel: tidak kurang daripada 10 halaman dan tidak boleh lebih daripada 15 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.
· Rumusan kuliah: tidak kurang daripada 10 halaman dan tidak boleh lebih daripada 15 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.

c. Gaya UKM, APA atau MLA
· Penulisan kertas kerja perlu memenuhi syarat-syarat dan penulisan sama ada Gaya UKM, MLA atau APA. Gunakan sistem pernomboran yang betul, bibliografi dan cara rujukan sama ada Gaya UKM, APA atau MLA, huruf times new roman dengan font 12.


d. Tarikh hantar tugasan
· Sila hantar tugasan anda sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada pertemuan terakhir. Kelewatan menyerahkan kertas kerja pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan berlaku `pengurangan’ pada bahagian markah. Kelewatan menyerahkan kertas kerja sehari, akan menyebabkan SATU markah akan ditolak daripada jumlah keseluruhan kertas kerja yang diperolehi. Kertas kerja yang lewat dihantar sehingga seminggu akan menyebabkan kertas kerja berkenaan TIDAK akan dinilai.
· Tugasan anda perlu dihantar pada pertemuan terakhir.

e. Perkara utama perlu ada dalam kertas kerja
· Tujuan kajian: apakah tujuan kajian dilakukan?
Contoh tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPT
*Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki.
*Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang dan ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT.
Kenapa aspek ini dipilih?
*Aspek ini menjadi pilihan kerana menjadi isu hangat dan dibincangkan secara meluas, tetapi masih diperdebatkan secara umum tanpa kajian yang serius.
*Aspek ini dipilih kerana ingin mencari kebenaran adakah benar pelajar lelaki di IPT memang tidak cemerlang berbanding pelajar wanita dan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku.

· Kaedah kajian: nyatakan kaedah yang digunakan. Terdapat pelbagai kaedah kajian yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian kajian, contohnya;
i. Resensi kepustakaan: melakukan penyelidikan, mencari bahan dan data sama ada primer atau sekunder di perpustakaan, pusat sumber. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.
ii. Mengedar soalan kaji selidik: menghantar set soalan kaji selidik, mengutipnya semula setelah diisi respondan dan melakukan analisis dengan menggunakan pogram tertentu.
iii. Kajian makmal: melakukan uji kaji di makmal.
iv. Temubual dan wawancara: menemui tokoh tertentu yang berkaitan dan menemubualnya, dan sebagainya.
*kaedah kajian boleh digabungkan semuanya atau sebahagian sahaja yang berkaitan.

· Skop / batasan kajian: apa yang difokuskan dalam kajian. Fokus ini akan menentukan arah atau batasan dalam tulisan.
Contoh:
Kajian ini hanya akan menumpukan tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar wanita menjadi lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki di IPT, khususnya UKM.
Bermakna, kajian hanya menumpukan kes tersebut di UKM sahaja. Jadinya, apa-apa keputusan, dapatan dan kesimpulan dari kajian ini hanya relevan di UKM sahaja. Fokus lain yang boleh dilihat umpamanya;
i. mengkaji hanya kaum Melayu di UKM sahaja
ii. kaum Melayu di semua IPTA
iii. pelajar Melayu tahun satu di UKM sahaja.

· Penemuan: perlu menepati kehendak dan menjawab tujuan kajian.

f. Nota Tambahan
· Penilaian kertas kerja berdasarkan keaslian dan idea yang bernas serta tersendiri, huraian yang menepati dan wajar, struktur kertas kerja termasuk pengenalan, isi, huraian isi, contoh, penemuan, kesimpulan, bibliografi dll.
· Elakkan melakukan copy and paste dari bahan rujukan atau mencuri idea dan melakukan jenayah plagiat.
· Keutamaan markah diberikan kepada tulisan yang ASLI dan segar.

No comments: