Monday, December 15, 2008

Contoh Soalan Peperiksaan

Berikut ialah contoh-contoh soalan peperiksaan. Tujuan ianya ditunjukkan ialah untuk membiasakan pelajar dengan bentuk-bentuk soalan. Untuk jawapan, sila jawab sekurang-kurangnya 1 setengah halaman bagi setiap soalan 15 markah dan 2 halaman untuk soalan 20 markah. Masa diberi ialah 1 jam 30 minit. Untuk Bahagian A, jawab DUA daripada lima soalan manakala untuk Bahagian B, jawab SATU daripada dua soalan yang diberikan. Untuk persediaan menghadapi peperiksaan, anda digalakkan untuk mencuba soalan-soalan yang diberikan di bawah.

Bab 1 Pengenalan
1. Huraikan perbezaan di antara penulisan kreatif, penulisan ekonomi dan perniagaan, penulisan popular dan penulisan ilmiah.
2. Huraikan ciri-ciri penting penulisan kreatif, penulisan ekonomi dan perniagaan, penulisan popular dan penulisan ilmiah.

Bab 2 Perkembangan
1. Huraikan perkembangan penulisan dalam tamadun Islam zaman Nabi Muhammad s.a.w (571 M- 632 M) dan Zaman Khulafah Ar-Rasyidin (632 M-661M).
2. Huraikan perkembangan penulisan dalam tamadun Cina.
3. Huraikan perkembangan penulisan dalam tamadun India.
4. Huraikan perkembangan penulisan dalam tamadun Melayu.

Bab 3 Etika
1. Nyatakan 3 faktor atau perkara yang mempengaruhi etika penulis.
2. Nyatakan 3 daripada sebab berlaku perlanggaran etika.
3. Nyatakan 3 daripada kesan perlanggaran etika.
4. Nyatakan etika penulis menurut Islam.
5. Nyatakan 3 daripada cadangan pematuhan etika.

Bab 4 Undang-undang

1. Tulis dengan ringkas TIGA perkara berikut berkaitan dengan undang-undang dan penulisan:
i.Akta Hakcipta 1987.
ii. Akta Hasutan 1948.
iii. Akta Kontrak 1950.
iv. Akta Fitnah 1957.

2. Tulis dengan ringkas TIGA perkara berikut berkaitan dengan undang-undang dan penulisan:
i. Akta Rahsia Rasmi (Akta Rahsia Rasmi 1972).
ii. Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri (Akta Keselamatan DalamNegeri – ISA 1960).
iii. Undang-Undang Cetak dan Penerbitan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan1984).
iv. Undang-Undang Bahan Kawalan Import (Akta Kawalan Penerbitan yangDiimport 1958).
v. Undang-Undang Siber.

3. Bincangkan objektif utama salah SATU daripada Undang-undang Siber berikut:
i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
iii. Akta tandatangan Digital 1997.
iv. Akta Jenayah Komputer 1997.
v. Akta Teleperubatan 1997.

Bab 5 Plagiat

1. Tulis dengan ringkas TIGA perkara berikut berkaitan dengan plagiat:
i. Plagiat secara terus.
ii. Menyalin dari pada pengarang asal tanpa sumber rujukan.
iii. Memberikan kredit dalam tulisan.
iv. Menyatakan sumber.

2. Tulis dengan ringkas TIGA perkara berikut berkaitan dengan plagiat:
i. Menulis nota kaki tanpa tanda kutip.
ii. Mengambil mudah penulisan nota kaki.
iii. Petikan yang tergantung.
iv. Plagiat secara parafrasa.
v. Kitar semula karya.
vi. Melakukan terjemahan bahasa.

3. Nyatakan 3 daripada cara mengelak daripada plagiat.

4. Jelaskan bagaimana plagiat menerusi internet boleh berlaku.

Bab 6 Konsep Penulisan Ilmiah

1. Tulis sebuah esei bebas dengan mengguna salah satu dari kaedah menulis berikut: Panjang esei tidak lebih dari 350 patah perkataan.

2. Tulis sebuah kertas kerja bebas pada tahap pramenulis mengandungi sekurang-kurangnya empat bahagian iaitu : pendahuluan, badan kertas kerja, kesimpulan, cadangan.

3. Huraikan 4 proses menulis seperti berikut: Pramenulis, menulis, pemurniaan, bacaan peruf.

4. Huraikah langkah-langkah utama yang perlu dilakukan penulis pada peringkat pra menulis


5. Tulis sebuah esei bebas berdasarkan TIGA kaedah perkembangan menulis berikut:
i. Kaedah Analogi
ii. Kaedah Sebab dan Akibat
iii. Kaedah Bandingan dan Bezaan
iv. Kaedah Klasifikasi
v. Kaedah Definisi
vi. Kaedah Memujuk
vii. Kaedah Bercerita atau Narration
viii. Kaedah memberi Pendapat
ix. Kaedah Analisis Proses
x. Kaedah Deskripsi

Bab 7 Bentuk-bentuk Penulisan Ilmiah

1. Pernyataan Masalah- Masalah penagihan dadah semakin meningkat di Malaysia terutama di negeri-negeri yang dianggap maju seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang.
Setting/lokasi tempat kajian- Lembah Kelang, kawasan yang mempunyai kadar penagihan dadah tertinggi di Malaysia.
Sampel- 200 orang, 100 merupakan sampel perempuan dan 100 adalah merupakan sampel lelaki.
Kaedah Penyelidikan- Survey/Kaedah Tinjauan yang mengguna borang soalselidik.

Berdasarkan maklumat di atas, tulis perkara-perkara berikut:
i. Objektif kajian
ii. Persoalan kajian
iii. Hipotesis kajian
iv. Prosedur pengumpulan data

2. Huraikan perbezaan di antara kertas cadangan dengan kertas kerja.

3. Tuliskan kertas kerja bebas pada tahap pramenulis. Kertas kerja hendaklah mempunyai tajuk khusus, pendahuluan, badan kertas kerja dan kesimpulan.

4. Huraikan konsep, ciri-ciri dan proses menulis penulisan esei.

Bab 8 Penulisan Kreatif

1. Huraikan TIGA jenis-jenis penulisan yang terdapat dalam kategori penulisan faksyen berikut:
i. Biografi
ii. Autobiografi
iii. Memoir
iv. Cereka Sejarah

2. Jelaskan 4 cara bagaimana seseorang penulis mendapatkan idea untuk menulis.

3. Huraikan jenis-jenis penulisan yang terdapat dalam kategori penulisan fiksyen seperti berikut:
i. Prosa
ii. Puisi
iii. Skrip drama.

4. Nyatakan 3 daripada kaedah penulisan karya kreatif.

5. Nyatakan 5 perbezaan di antara novel dan cerpen.

6. Nyatakan 5 unsur-unsur cerpen dan novel.

7. Jelaskan 3 perbezaan di antar skrip drama dengan karya seni lain.

8. Nyatakan 3 teknik penyediaan skrip drama

Bab 9 mencari maklumat

1. Nyatakan perbezaan di antara maklumat primer, sekunder dan peringkat ketiga.

2. Nyatakan strategi-strategi yang di ambil untuk mencari maklumat.

Bab 10 Penyuntingan

1. Senaraikan perkara-perkara yang perlu disemak pada judul, abstrak, pengenalan dan rujukan.

2. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil apabila menghantar manuskrip.

Dikemaskini pada 13 November 2009

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih untuk contoh soalan exam yang diberikan.

Anonymous said...

terima kasih ayah long